28 April 2011

ragam...

2.45am bersamaa 28April 2011...Hari ni adalah hari terakhir aku x cukup tido..selesai je paper last, aktiviti utama aku ialah meng'qada'kan setiap waktu tidur aku yang telah aku korbankan sepanjang minggu exam yang xde cuti otak untuk aku...aku pun x pasti silap taktik ke silap strategik atau masalah-masalah lain yang dah menyebabkan aku rasa tertekan untuk final exam kali ni...

Perkara paling  gila aku buat ialah masuk dewan 'pekse' tapi x study apa-apa sebelum jawab...sapa berani lawan...dah la paper repeat(malu lak ase)...ok...benda ni buat pengajaran...x pandai ni bagi aku boleh disebabkan oleh banyak faktor...antaranya:
  • Dah memang genetik x pandai usaha la macam mana pun tetap xkan pandai (pengalaman aku pernah tengok orang yang terpaksa pakai cermin mata semata-mata untuk menampakkan diri dia yang paling pandai tetapi sebaliknya dialah antara manusia yang 'bodoh piang'....
  • Orang malas-orang malas ni memang susah nak berjaya...baik dari segi apa pun tahap kemalasan dia dari urusan mengurus diri sendiri sampai ke urusan nak urus benda-benda penting lain pun still boleh pikir nak tido,nak main nak nyembang and macam-macam lagi benda 'lagha' yang lain..ang duduk la situ sampai kematu pungkok...
  • Orang yang terlalu riak dan suka cakap besar...orang macam ni xde moral..patut sekeh je kepala....cakap nak memang ja..kalau betoi-betoi pandai aku x kecah sangat...lain padang lain belalang la kan...(nasib kat kampung aku xdak padang...so abah aku hanya mampu tanam rumput untuk dilanyak kami adik beradik main badminton dengan anak jiran).. 
Banyak lagi kalau nak cita...tapi yang paling kesian kalau orang yang dah usaha tapi tetap x berjaya...tapi mesti ada sesuatu yang Allah dah rencanakan untuk dia...kalau x berjaya di dunia...mana tau kat akhirat nanti boleh bina mahligai kristal lebih dasyat lagi daripada Masjid Kristal kat Terengganu ni... yang penting kalau kita dah berusaha kita iringi dengan doa dan tawakal...insyaallah...pasti ada kejayaan dan sentiasa kena redha...kalau gagal boleh cuba lagi...jangan stress...kalau berjaya jangan lupa bersyukur...jangan bongkak... :-)....

 p/s : nak mimpi naik pentas amik Anugerah Dekan malam ni...kui3...(imaginasi penting untuk tumbesaran)...

22 April 2011

gitarku SUKAMI!!

beli gitar??ada minat??suka alat muzik??suara sedap kalah Ne-yo..??hahahaha

Aku la tu...tapi kalau main gitar tak pandai ada makna ke...??kalau x silap aku..Incik Gitar aku dah lama berada dalam almari x keluar2...kadang-kadang aku petik jugak buat sumbang asrama aku ni...hahaha...sedap ke x barai je...bukan orang tau aku pandai main ke x...hahaha   ...tapi rasa macam kecewa gak la bila x pandai main gitar...minat dah ada...darah pun dah ada...Brader Tu dah goreng kasi aku dengar sekali...wuahhh~terpegun aku xyah cita..sampai senyum sorang-sorang lepas dengar sumbangan beliau dari corong telefon bimbit buruk aku...jatuhnya cinta...kui3...

Apsal goreng pon sodap...??aku x paham betoi la...xpayah pakai baca node terus goreng je dah sodap...kejadahnya yang dia kasi spell kat gitar 2...isyyy~x paham....xpaham...

Ni gitar aku yang aku tunggu masa je nak decorate beliau jadi lebih cantik supaya cantik sikit kalau aku nak bawak p memana nanti...biar x main pun...kah3... 

Brader Tu...sila ajar aku dengan lebih lanjut...aku dah panas dengar ang goreng..pasni bagi aku pulak goreng...ang dengar la puas-puas...dan sila hadiahkan aku dengan stiker yang cantik-cantik yang ang janji nak bagi tu...hahaha...jangan lupa tau...x sabar ase...

p/s : aku ase nk attend kelas lak pas graduated...tu pon kalau poket tebal...hahah

15 April 2011

aku insan biasa...

emm....x tau macam mana nak mula..mood aku jadi macam-macam sejak kebelakangan ni...aku ada masalah besar...tapi aku selalu sembunyikan masalah tu dan selalu menafikan masalah tu ada dalam diri aku dengan membuatkan diri aku happy...bila fikir balik aku pun ada hak dalam hidup aku tapi kenapa aku biarkan orang lain jadi punca hak aku tu x terbayar...kalau orang buat aku sakit hati aku rasa aku ada hak nak bersabar dan marah...tapi kenapa aku pilih bersabar dan pendam benda tu...kalau orang pukul aku, aku rasa aku ada hak nak bersabar atau pukul dia balik...tapi aku simpan penumbuk aku tu walaupun sebenarnya aku x pernah bagi penumbuk kat orang...entah kenapa aku rasa hak aku dicabul oleh diri aku sendiri...ke aku  ni ego sebenarnya...??

Boleh ke kita sebagai manusia biasa bersabar je bila dah terlalu banyak kita bersabar dengan benda yang sama,masalah yang sama, orang yang sama??boleh ke macam tu..??kalau boleh tolong bagi pendapat...
sebab aku x perfect untuk jadi baik selalu...aku x perfect untuk buat orang happy je...aku manusia biasa jugak...ada rasa sedih.ada rasa marah.ada time moody..tapi kenaa aku asyik kena layan orang punya moody jer...aku xde hak ke nak rasa semua tu atau aku cuma ada hak untuk jaga sema tu dari berlaku...

Mungkin Allah nak bagi pahala besar kat aku sebab aku buat orang happy walaupun hati aku tengah sakit...aku percaya ada hikmah yang Allah akan bagi kat aku kalau x di dunia di akhirat nanti...Insyaallah....Bila kita buat baik kat orang,orang akan sentiasa ingat kita dan akan sentiasa berdoa untuk kita walaupun kita dah hancur kat dalam tanah..aku selalu percaya benda ni...aku nak macam ni...aku nak jadi manusia yang selalu menbahagiakan orang lain...

Ya Allah izinkan aku untuk membahagiakan insan-insan disekelilingku...walaupun hatiku terluka...tetapkanlah aku dalam kesabaran dan keimanan..semoga ada ganjaran yang akan Engkau berikan untuk setiap kesabaran itu...

p/s : mood aku tengah sedih time ni...sori kalau entry aku merapu...

07 April 2011

Bersabar Wahai HATI~

Sahabat....apa makna sahabat...sahabat bagi aku ialah apabila dia sayang kat ang walaupun ang x pernah cakap ang sayang kat dia...sahabat bagi aku ialah...bila dia sentiasa menenangkan hati ang walaupun kata-kata dia keras...sahabat bagi aku ialah bila dia tolong ang tanpa mengungkit apa yang dia pernah buat kat ang dan x pernah mengharapkan sebarang balasan untuk kebaikan yang dia buat kt ang...sahabat ialah bila dia menangis dalam diam melihat kesedihan dan penderitaan ang...sahabat ialah bila dia sentiasa bagi dorongan kat ang walaupun ang banyak kelemahan...sahabat ialah bila dia doakan kebahagiaan ang walaupun dia x pernah baik dengan ang...sahabat ialah bila dia selalu lupa untuk bahagiakan diri dia tetapi dia membuat ang bahagia terlebih dahulu daripada dia...sahabat ialah bila ang terluka dia x tambah luka di hati ataupun cakap apa-apa untuk sembuhkan luka ang sebaliknya dia diam dan berdoa supaya ang diberi kesabaran dan ditambah pahala atas kesabaran ang...sahabat ialah bila dia sentiasa sabar tahan karenah ang dan sentiasa  cuba membuatkan ang jadi lebih baik dengan cara yang cukup halus walaupun kadang-kadang cara tu melukakan hati ang sebab dia tau kelukaan yang sedikit tu lambat laun akan mendatangkan kebaikan untuk ang...sahabat ialah bila dia selalu ambil berat tentang ang walaupun ang x pernah ambil berat tentang dia..FRIEND IS A PERSON WHO ALWAYS MAKE YOU FEEL CALM WITHOUT A WORD...

Sahaba bagi aku bukanlah seorang yang bila ang sakit dia tanya ang "dah makan ubat ke belum.kalau belum aku nak bagi"...sahabat bukanlah seorang yang bila ang lapar dia tanya ang "dah makan ke belum.kalau belum aku nak tolong beli"...sahabat bagi aku bukanlah seorang yang bila ang sedih dia tanya ang "kenapa ang sedih?cuba cerita masalah ang kat aku mana la tau kot-kot aku boleh tolong"...sahabat bagi aku bukanlah seorang yang bila ang putus cinta dia akn cakap "xpela wei...ramai lagi yang lebih baik kat dunia ni daripada dia tu.ang xyah nak sedih la"...sahabat bagi aku bukanlah seorang yang bila ang marah dia akan cakap "rilex la"....sahabat bagi aku bukanlah seorang yang bersikap kurang ajar dengan ang...sahabat bagi aku bukanlah seorang yang suka mengganggu keselesaan ang...BAD FRIEND IS A PERSON WHO ALWAYS PRETEND TO BE KIND TO YOU....

Orang selalu cakap "BERKAWAN BIAR SERIBU,BERCINTA BIAR SATU"...tapi bagi aku...selagi ang xleh jadi kawan yang satu ang xkan mampu untuk bertahan dengan satu cinta pun...sebab dalam diri ang terlalu banyak penyakit hati...apa yang kawan ang lebih ang nak lebih lagi dariada dia...satu lagi perangai pilih kasih...nak baik dengan kawan yang pandai.kaya,cantik/kacak,berpengaruh...orang yang macam ni adalah orang yang terlalu takut bermain dengan bayang sendiri..orang macam ni bagi aku ialah orang yang x percaya pada diri sendiri dan orang macam ni lagi bagi aku adalah orang yang selalu bergantung hidup pada orang lain...dan lebih teruk lagi orang macam ni sebenarnya DAYUS!!!

Orang macam ni adalah orang yang bila dia jatuh dia nak orang angkat dia...bila dia susah orang boleh tolong dia..bila dia kecewa orang boleh buat dia happy...bila dia kusut...orang boleh tolong fikir untuk dia...pendek kata orang macam ni mempunyai hati yang lemah tetapi mengaku bahawa hati dia lah yang paling kuat di dalam dunia...orang macam ni mengaku diri tabah sebaliknya dia tergolong dalam golongan mak nyah kt Jalan Haji Taib dan jalan-jalan lain yang sewaktu dengannya...

Sahabat yang baik ialah apabila melihat wajahnya teringat akan mati,
Sahabat yang baik ialah apabila mendengar tutur katanya teringat akan kalimah Illahi
Sahabat yang baik ialah apabila mencium baunya teringat akan Syurga,
Sahabt yang baik ialah apabila menyentuh jemarinya teringat akan besarnya Ke-Esaan Allah,
Sahabt yang baik ialah apabila dia sentiasa mendoakan dirimu sedangkan kamu tidak tahu akn doanya itu,
Sahabat yang baik ialah apabila dia sentiasa melakukan kebaikan ke ta dirimu tanpa kamu sedar kebaikannya itu...

Bersabarlah duhai hati~Sesunggunya Allah tidak menciptakan segumpal hati di dalam tubuhmu jika tidak ada faedah yang terkandung di dalamnya dan jika Dia tidak menginginkan kamu untuk bertaqwa  kepadaNya kerana dengan hati itulah kamu diuji dengan pelbagai ujian,dengan hati kamu belajar untuk bersabar,dengan hati kamu belajar untuk menjadi seorang yang tabah,dengan hati kamu belajar untuk mengawal kemarahan,dengan hati kamu belajar untuk menyayangi, dengan hati juga kamu belajar untuk menjadi seorang insan yang berguna kepada insan yang lain....kerana di dalam hati itu terdapat satu bentuk ciptaan Illahi yang kita x boleh nampak walaupun menggunakan microscope,x-ray maupun cara-cara lain...~QALBU~


p/s:jangan jadi sampah masyarakat, sebab lebih ramai orang mengutuk sampah masyarakat berbanding sampah sarap....hahaha...pesanan untuk diri sendiri aku jugak...

05 April 2011

perlu ke ego??

EGO=persepsi seseorang tentang harga dirinya, yang seterusnya mempengaruhi keyakinan dirinya.
KEEGOAN=perihal mementingkan diri sendiri.

Tetiba aku jadi  dok cari-cari apa jawapan kepada soalan dalam kepala hotak aku nih...ego tu apa..??pandai cakap je tapi xtau makna..

Bagi aku ego ni ialah bila ang suka kt dia tapi ang xmau bagitau dia...sebab ang takut malu kalau-kalau dia xmau kt ang dan bagi aku lagi ego ni macam ang terlalu takut nak buat something sampai ang xtau nk beza benda yang ang buat tu betoi ka x...dah tu bila ang dah buat baru ang sedar benda tu sebenarnya salah dan menyakitkan hati ramai pihak(termasuk pihak kastam.dan pihak polis)ok yang tu xde kaitan...pastu mula la nak buat muka seposen...pelik xyah cakap la...ramai manusia pelik yang aku jumpa dalam dunia hidup  aku sekarang ni...x terkecuali diri aku sendiri yang orang dok kata pelik...aku pun xtau apa yang pelik tentang aku...

Ok...Untuk memeriahkan  lagi acara kita... aku nak suruh hampa fikir...sambil tu aku pun nak fikir jugak...kot-kot la dapat jawapan...apa definisi ego yang org selalu dok sebut tu..."ang ni ego la mat,kalau dah suka tu cakap ja la"...."aku suruh ang pi beli lolipop awat ang x beli?ang ni ego la"...ada kaitan  ka...??

EGO=LEGO....

Dua benda ni lebih kurang sama ja...cuma beza dia LEGO tu mainan...EGO tu berkaitan dengan dalaman.contohnya kalau korang main LEGO(oppsss..!!!key eyl plk...)...korang pening x...??bila x dapat nak buat bangunan tinggi korang ase x puas hati x??ke korg diam je...dalam hati cakap.."aku redha, takdir menentukan segalanya"...macam tu ka..??tipu la sangat...

Selalunya orang kalau x dapat sesuatu habis teruk pun mesti akan hisap jari ja...ada pepatah Melayu cakap..."BIAR PUTIH TULANG JANGAN PUTIH MATA"...maknanya kat sini...kita ni memang diajar utk usaha dapatkan sesuatu sampai kita berjaya...so...bila kita x dapat...apa kita buat...??melalak la....aku ase aku dh out of topic...

Ok...sebenarnya aku nak cakap persamaan LEGO dengan EGO ni ialah...mengelirukan...satu perasaan megelirukan...omputih cakap...you can't determine what your heart trying to reveal...ececeh...sorry...MUET aku band 3 jer...LEGO is fun..tapi bila ang x dapat nak bina robot pakai LEGO tu mesti ang rasa nak hentak kepala adik ang kat lantai...sama dengan EGO...hati ang kata nak...then ang deny...so apa yang ang boleh buat ialah menyeksa  hati ang sendiri...betoi x..??kalau salah habaq...

EGO ni boleh membawa kepada perasaan susulan yang lebih hebat lagi...sama macam ang constipation ( sembelit)...kalau lama-lama najis tu dok dlam perut ang..lama-lama muka ang pon dah macam taik..pastu mula la nak hangin kat orang x tentu pasal...aku pantang betoi kalau jumpa orang macam ni...ase mcm nak letak je ubat julap dalam air sirap dia time lunch sama-sama..kalau x jumpa time lunch...time dinner aku cari jugak sampai dapat....ang dah sembelit...ang cari la solution nak setel benda tu...jangan nak setel dengan orang...kang ang yg kena setel...baru ang ada akal....

EGO ni perlu ke x??Jawapan aku perlu dan tidak perlu...tapi nak determine EGO jenis apa yang perlu dan EGO jenis apa yang x perlu memang susah...perlukan soft skill yang tinggi..

Contoh EGO yang baik = ang cari rezeki kat anak bini nak bagi makan,kena EGO(rujuk definisi di atas)
Contoh EGO yang x baik = nak sesuatu tapi takut malu kalau gagal,then buat cara kotor and menyakitkan hati orang dalam masa yang sama...(x ke haram namanya tu??)

03 April 2011

bersyukur!!

Kadang-kadang manusia terlupa untuk bersyukur dengn apa yang telah dikurniakan Allah untuknya...
Bila dh dpt kasih sayang...dibiarkn kasih sayang tu x terisi dengan cinta...x pandai nak hargai n x rasa macam susahnya dia untuk dapatkan benda tu sebelum dia memilikinya dulu...benda yang mudah nak dapat orang selalu x hargai...mudahnya kan...??

Jadilah  manusia yang selalu bersyukur...benda yang senang nak dapat tu boleh jadi datang sementara untuk  mengajar kita cara nak hargai sesuatu...once benda tu dah jauh dari kita...x mungkin kita akan diberi peluang untuk memiliki benda tu lagi untuk kali kedua..

Salah ke kalau kita membuang ego yang tinggi menggunung tu buat seketika...??x rugi pon...

p/s : susah nak tegur orang yang rasa diri dia dah cukup bagus dan susah nak menyakinkan seseorang untuk sayangkan kita bila dia yakin dia akn dapat orang yang sayangkan dia lebih dari kita sayang dia...
orang macam ni sangat x bersyukur...really sorry...

31 March 2011

bila emosi melanda!!

Aku ni pelik...sesuatu yang aku nak aku akan usaha untuk daptkannya walau dengan apa cara sekalipun...kalau x dapat...wajib nightmare...setahun yg lalu masa baru jadi budak 'U' terjadi culture shock pada diri aku...padahal Terengganu je pon...nak kata Key Eyl jauh sekali...apa yang aku maksudkan ni lebih kurang cam masa kekecik ang x dapat makan pizza...bila da besar ang dapat makan pizza adakah ang akan selamber je makan pizza tu and tetap dengan gaya macho..padahal dalam hati masa tu rasa macam dah jakun sesangat dah...nak pegang garfu dengan pisau pun beriya mengalahkan ahli keparat korperat..macam la ang penah tengok ahli korperat makan macam mana...pelik la manusia ni(tengok orang buat kita pon sibuk je nak buat)..tapi untuk sesuatu perkara yang bagus ok je...dibenarkan...tapi kalau dah sampai tahap pelik..better x payah tiru la...

Panjang pulak intro aku ni...sebenarnya dua tiga menjak ni aku sedikit emosi...sebab tu entry asyik x masuk jer...takut nanti terlebih tulis plak...

Manusia ni oarang kata x lepas dari dugaan hidup...ada yang tabah,ada yang jadi gila,ada yang saggup bunih diri semata-mata x tahan dengan dugaan...contohnya macam kes bunuh diri sebab putus cinta...cuba kita  try kaji history orang-orang yg bunh diri ni...berapa kerap depa putus cinta..??seberapa cun dan macho kah aweks-aweks/balaks-balaks depa?disebabkan aku x berminat nak tengok video-video benda camni(sebab aku akan nightmare kalau tengok video kurang ajaq camni..cis!!mcam mana boleh jadi camtu?)..dalam hati aku ada kebun bunga tau walaupun aku brutal...so,aku x tau cun ke tak and macho ke x awek and balak depa 2?tai aku penah tengok sekali video bunuh diri...tu pun dari kawan aku...mamat 2 boleh tahan kacak walaupun dah biru tergantung kat atap umah dia tu...rupa orang kata market la...body ada ala-ala brad pitt...perfect!astaga...berdosa betol(please don't try this at school)..tapi sayang otak dia gelong agaknya...aweks yang ditunjukkan dalam video tu yang dikatakan sebagai aweks yang telah menyebabkan beliau frust tu nak banding dengan aku...aku lagi cun kot...sila refer foto di bawah...

Pendek kata rugilah orang-orang yang telah menzalimi diri mereka sendiri..padahal lelaki apa susah...aweks ramai lagi kat dunia ni...x luak pun(kalau ada yang luak x tau la kan...??)Bagi diri ang peluang...jangan nak skema sangat...sikit-sikit nak jiwang...rilex bro..chillax!!orang kata kumbang bukan sekor,bunga bukan sekuntum...(tapi bunga dan kumbang kebanyakannya sekarang banyak yang dirosakkan oleh nafsu sendiri)..apa yang lepas kita jadikan teladan dan anggaplah sebagai pemberian ikhlas...hehe...

Aku?Kadang-kadang aku emosi jugak bab-bab cintan cintun ni..sakit tu ada...tapi aku selalu ingatkan diri aku..hidup ni bukan macam drama romantik korea yang kita ketagih dok tengok tiap-tiap hari.hidup ni bukan mcm cita hindustan...hero sanggup redah ribut nak pi selamatkan awek dalam banjir(cita hindustan mana yang aku tengok ni?)...ok...sila abaikan...kalau aku jadi director...aku buat cita yg agak-agak logik sikit...nak muhong pon x pandai...apa daaa???bagi la payung ka?baju hujan ka?rakit pon jadi la..nama pon banjir...xdak self protection langsung...memang x masuk akal...tapi senang cita aku pun menangis jugak tengok cita x logik ni...hahaha....

Apa susah...korang ada otak...pikir la sendiri...benda mudah je...cinta ni kat mak bapak boleh la nak beriya...sebab hampa x pyah risau nk clash ka apa...relax ja...seingat aku mak aku x penah mintak clash ngn aku semata-mata aku kata..."mak,kari ikan harini tawaq la..."...sebab bapak aku yang masak kari 2...bapak aku pun x penah mintak clash ngn aku sebab aku cakap.."abah,seurat uban ni nak sepuluh ringgit"...sebab bapak aku dah tidoq masa aku dok cabut uban 2...hahah...tapi tgok la budaya cinta sekarang ni...I cakap suruh you touch up muka you sikit pun you nak marah...you ni x best la...I nak cari awek lain la...kita putus...(kita tegur nak bagi dia nmpak lawa.Xla rasa malu nak bawak naik Lamborghini...kalau lelaki pulak.."Baby rasa Darling nampak lebih cute kalau buat rambut pacak sikit pastu pi buat facial treatment.."...tak memasal je sentap hati si balak tu..kita nak tegur bagi dia nmpak kacak baru boleh tanding Fahrin Ahmad..benda macam tu pun boleh jadi hal besar...apa la sangat...??

p/s : It's a life cycle dude...selagi boleh pkir...hampa pikir la masak-masak...kalau aku, aku pi layan main masak-masak(pondok-pondok) ngn adik aku lagi best...

27 March 2011

susah jugak...

Susah jugak kalau baik sangat dengan seseorang...nanti bila kita jauh dari dia sekejap je dia rasa kita nk avoid dia...padahal kita xde niat camtu pun...kita harap dia faham kita ada masa yang perlu kita tumpu dan ada masa yanag kita perlu untuk diri sendiri juga...bukannya 24 jam nak bersama dia je...kita harap dia faham sangat...disebabkan x semua benda yang kita harap kita akan dapat maka terjadilah salah faham yang boleh membawa kepada putusnya persahabatan...kita x kisah sangat sebab kita x pentingkan hal ni..apa yang kita kisah sebab awak manusia...bila hati awak sakit nanti saya nak jawab apa kat akhirat...kita rasa x tenteram kalau awak terasa ngn kita camni...kalau benda ni terjadi kat orang lain pon sama je...kita akan rasa sama jugak...awak tolong la jangan buat macam ni...kita rasa serba salah la...tolong jangan marah kita camni...tolong.....!!!!

25 March 2011

terima kasih

Dua tiga minggu nih Kuala Terengganu hujan x berenti...g kelas kena bwak payung...leceh la...dah la aku x pndai pegang payung...hari ni pulak merasa la panas sikit...Memandangkan hari baik bulan baik aku pun buat keputusan nak kuar lepak ngn kengkawan kt Giant n Mydin Mall...tumpang sorg sahabat baik...nak dijadikan cerita...masa balik tu aku n kengakawan yg lain terpaksa balik naik teksi kerana kawan baik kitorg ni tgah rushing nk g mne ntah,..sebelom 2 sempt lagi pi timbg berat memasing...ak x lepas join skli...dn antra ramai2 tu memg dh nyata aku paling berat...

Pas  semua dah puas hati..kitorg berjalan kuar dri Mydin Mall tu utk mencari teksi...klu ade prebet sapu pun kitorg sapu jer...dari jauh da nmpak teksi...hati memasing da berbunga...sebab maghrib pon dh hampir berlalu...Pok Cik yang teksi 2 dia punya, dri jauh dh aim kitorg...maka bermulalah tawar menawar..macam biasa...sebb terengganu x mcm kt Key Yel...teksi ad meter...so ko xkn jumpa org gadoh sebelom naik teksi..bila dh sampai maybe ada...

Pok Cik  :  Nok g mane ni..??(sebagai seorang pemandu teksi dia mesti la nk tnya kn?...sorry...bukan sebb dia care psal ko)
Suha  : Kediamang Maidang(dengan loghat Kemaman)
Pok Cik  : 15 iya doh ah..(mata memasing dh terbeliak)
Wani  :  10  iya doh ah...sorang 2 iya..(cuba teka bpe org yg nak naik teksi tu?)
Pok Cik  :  Owoh...dokleh ah gitu...sllu pok amik 15 iya...ni pong 5 org...patot2 dokleh amik ni..boleh amik 4 org je...kire muroh doh ah tu...(dia terus bleber)
Wani  :  xpe ah...nok mikir dulu...
Aku  :  kita nek prebet la...murah ckit...
Wani  : ade ke malang-malang gini...?
Aku  :  Ntah..

Dan tetiba je ada 3 org mak cik dtg dn dia trus bwak pegi...(dlm hati aku dh nyumpah mcm2...x guna btol...nganjing molek...)...setelah aku berpura-pura fikir nak balik naik teksi or prebet bersama kengkawan yg lain...Suha pon membuat keputusan nak naik teksi tu jer...

Suha  :  Pok...kira jadi la...
Pok Cik  :  Owoh...lame ngat mikir...
Aku  :  Shadap you!(kata dlm hati jer...)
Pok Cik  :  Hok ane besor skek dok depang...)sambil tgn dia membuka pintu belakang teksi...(kononnya nk bg perkhidmatan mesra...alang2 tu bukak la sekali pintu yg sebelah lgi..termasuk pintu depan..bru betol)
Aku  :  (Diam smbil buka pintu depan utk masuk sebb sedar diri lebih besar dpd org lain)

Agak2 dalam 4 or 5 minit pas teksi 2 dh gerak...tetiba pak cik nih bersuara pelik...

Pok Cik  :  Bakpe ase teksi ni berat alik ni...??(smbil tgn beliau tergawang ke arah aku...)kawang awok gemuk ni...(selamber je beliau menuturkan kata-kata tu tanpa rasa berdosa).

Aku senyum nipis jer...smbil 2 aku dengar kengkwn aku kt blkg tgah than ketawa...dlam hati dh ase pnas...aku cuba utk bersabar...dh la pasang siaran klasik fm...kejadahnya???x mesra pelanggan lgsung...msa tgh dengar lagu tu beliau mengemukakan soaln cepuk cemas...ntah kt spe beliau tnya pon aku x tau..ak dah malas nk layan sebb hati tgh pnas...kengkawan aku yg kt belakang diam...seolah memaksa aku utk bergurau senda ngn pak cik tu...maka aku terpksa mengalah...dengan suara yg agk tertahan aku jwab soaln beliau degn cara yg paling sopan...

Pok Cik  :  Piye nyanyi lagu ni eh..??
Aku  :  Syarifah Aini ase...(memandai jer aku jawab...pdahal xtau pun...sebb kesian je ak layan...)
Pok Cik  :  Ye ke...?bakpe ye gemuk tpi suara aluh(halus)...??

Dalam  hati aku semkin panas...beliau memg kuat menganjing...(nak ckp suara aku kasar la tu)...x abis lgi dgn bab gemok...geram je aku ase...sabar jela...aku hrap cept smpai...bila dh sampai tu sejurus selepas aku menutup pintu separuh...terus jer aku kuarkan suara emas aku..."Aku tempeleng gak kang"...aisy...thap sabar aku dh xleh than lgi...kengkawan aku dh barai ketawakan aku...nk jer aku bg PJJ(Penerajang jarak jauh) kt beliau...nasib baik tahap kesopanan dan kesusilaan aku masih ada...klu x beliau pasti sudh parking teksi beliau kt depan HSNZ(Hospital Sultanah Nur Zahirah) malam ni..

Sabar jela...

Kalau teksi beliau seperti di atas aku sanggup bayar 15 ribu...apadahal...??

Rempit VS girls!!-part 2

OK...ak akn smbung cita pasal Rempit ni...walaupun agak xde idea dan sedikit stress saat nih...ak try la...berbalik pada cerita kt kedai makan semalam...suara latar rancangan tu cakap kalau mat REMPIT menang sesuatu pertandingan kt jalan beliau akan dapat hadiah lumayan dan part yang paling aku xleh lupa bila suara latar tu cakap perempauan akan jadi hadiahnya...pejadahnya???perempuan yang beliau dapat kemudian akan membonceng time pertandingan yang lain...aku pun terfikir...kalau aku jadi perempuan 2...aku xkn membonceng...aku akan suh mat REMPIT tu bonceng kt belakang dan aku akn bawak motor 2...amacam..??

Btol pe??buat apa la aku biar nyawa aku diragut dek keranan kecuaian diri orang lain...dan part paling penting...knapa plak asyik kaum aku jer yg nak kena boceng...apa kata klu lelaki jadi bohsia kitorang plak jadi mat REMPIT...best siot...!!

Farah yg baik ni plak punya la lurus...tanya soalan mat REMPIT kt aku..maka aku dengan selamba jawab...

"Lebih baik aku je bawak motor 2...daripada aku dok kat belakang...pebarang??"

Natsukicomey x amik port sebab tengah panas dengan brader waitress.kih3...layan jer...Farah plak sambung tanya soalan kt aku...gamaknya dia ase aku bawak motor laju sgt kot...pdahal 70km/jam je...nasib baik la aku x pandai bawak kete...kalau x asenya aku bakal jadi drifter plak lepas nih..upgrade sikit...kah3...bunyi cam  best jer...ork..??

"tapi kes-kes rogol pecah umah sumer tu bukan keje mat REMPIT KN..?"Farah sambung menanyakan soalan pada aku yang tengah konfiden abis nak jawab..tambah gaya macho ala-ala mat REMPIT berjaya...memang berisiko tinggi kena kencing ngn aku...kah3...

Dengan gaya macho aku jawab soalan beliau..."Yep..2 sume bukan keje mat REMPIT...2 sume keje orang-orang kampung...mat-mat rempit dia x rogol pompuan...dia ber'operasi' dengan cikaro-cikaro dia ja..klu ada jugk mungkin ank dara kampung yg dia minat...pegi jumpa bomoh,nk mitk minyak calit bomoh kutuk abis...so xde cara lain...dia bt cara yang kurang ajaq..mat REMPIT ni dia x taboh orang klu orang bwak keta diam2 ja tgok dia potong...kah3...abis2 pon curi motor..buat modal nak berlumba lagi...nak gk cari enjin yang best.."...

Minah REMPIT...??


Org cam aku ni x merempit sebenarnya...tapi memang suka speed...kalau boleh sume bnda nk speed...cakap pon bertalu-talu...non-stop...mesin ais kacang pun speed...buat nescafe nk stay up memalam pun kacau laju2...ajak makan laju...pendek kata sume laju...panjang x kata ap...panjang rilex jer...tpi ade jer kot bnda yang aku x laju...ntah la...


p/s:merempit membahayakan kesihatan..boleh menyebabkn SOB(short of breath)...sekian...

24 March 2011

Rempit VS girls!!

Selalunya apa yg korang akan fkir tntg REMPIT...??

REMPIT=MOTOSIKAL= LELAKI=AWEK=JAHAT=LAJU=bnyk lagi yg sewaktu dengannya.

Kawan2 kat universiti (perempuan sahaja) panggil aku minah rempit...kawan2 yg pernah tumpang aku semua cakap aku bawak motor laju...padahal aku bawak xde la laju mana pon...setakat 100km/jam standard la...tpi aku x pernah lari lebih daripada 110km/jam..laju ke macam tu..??pelik jugak aku ase bila fikir balik...agaknya kalau dorg naik motor dengan mat rempit mau koma seminggu sebab terkejut..kah3..bagi seorang gadis cam aku ni setakat ni aku ada je nampak perempuan yang bawak motor lebih laju..siap ada yang bawak motor RXZ lagi...lagi la dasyat..aku x sampai tahap tu lagi...setakat berangan jer...sebab kaki x sampai..kalau aku naik jugak alamatnya masuk hospital atau pun paling kejam jadi bahan ketawa je..ha3..

Nak cerita lagi pasal mat REMPIT ni...aku ase banyak yang masayarakat kita x tau tentang mat REMPIT...masa zaman sekolah rendah naik ke zaman sekolah menengah kalau bab nak buat karangan BM...tajuk ni je la yang asyik ditanya...aku rasa dh lebih daripada 30 karangan yang aku buat tentang mat REMPIT dan karangan tu selalunya tanya tentang CARA-CARA  MENGURANGKAN GEJALA REMPIT ni..cuba korang hitung(sila kira dengan kalkulator bagi yang repeat paper Matematik Moden)...bila aku sorang buat sampai 30 karangan yang memberi pendapat tentang cara-cara nak banteras gejala REMPIT ni campur dengan bilangan pelajar dalam 1 sekolah...dah berapa banyak pendapat??...tolak yang sama pendapat...equal to??ok...korang kira la...aku dh dapat 'A' so xyah kira...kah3...

Tapi adakah jumalah mat-mat REMPIT ni berkurang?asenya makin bertambah kan..??even kita tolak bilangan yang mati katak di highway maupun di jalan-jalan kampung dan jalan-jalan Persekutuan..bilangannya tetap x berkurang...betul x...??So buat penat je kita tulis karangan tentang cara-cara nak banteras gejala REMPIT ni...sebab 2 sekarang banyak pulak skema soalan yang suruh buat cerita...kononnya buat cerita yang boleh memberi keinsafan pada mat-mat REMPIT..tapi karangan tu mat REMPIT sendiri yang tulis...siap ending sedih lagi..memang mengarut..!!

So, apa yang aku nak cerita ni ialah...tadi masa aku pi melepak makan kat kedai makan dengan 2 orang kawan ak Natsukicomey dgn Farah..tengah sedap2 layan cite Bersamamu(aku x layan sebenarnya cite ni)...sebab ada dia bincang tentang kucing..ntah apa jadah tiba2 Bersamamu jadi rancangan utk kucing2 yang miskin pon aku x pasti...brader waitress 2 dtg ubah siaran plak...nk tengok Halimah Jongang...aku layan jer...dah 2 kemudiannya tukar plak tengok 360 tengah siar pasal mat REMPIT..ak teruja la tengok..nak tau jugak apa nasib mat-mat rempit ni...sama je..xde perubahan...

Eh laink kali aku cite lagi...ada keje jap..hehehe...

23 March 2011

kucing!!

Aku ni suka sgt kucing...semenjak arwah kucing aku dh mati...xde lagi yg gnti tempt dia kt dlm rak kasut kt umah aku tu...bila aku blik cuti ja...x sempt abah buka pintu qeta masa mai ambik aku kt Dataran Gurun...ak dh tnya pasai kucing...

Abah   : Apa habaq...?nmpk koi debab...
Aku   : Abah kt umah ada kucing baru x..?(sengih2)
Abah  :  Hmmm...(nada merajuk yg berbunyi kejantanan)
Aku   :  Ada x..??

Maka soalan 2 terbiar mcm 2 ja smpai la dh smpai kt umah..Abah kecik ati...sebb ak x jwb soaln beliau...sebb terlalu obses dgn kucing...pkul 6 pgi smpai umah...ak dh gerak kejut adik aku semua skli ajk sembg dgn aku pasai kucing...maka dgn bau asyem...mereka melayan aku walaupun masing2 sememangnya tggu mak kejut bgun solat subuh...

P-shah   : Kak mulut ang bau longkang la...
Aku   : Memg la...ak mna dan nk gosot gigi atas bas...(sambil hembus2 napas kt beliau)
Maka mereka sudah x sggup nk than...memasing dh toleh muka belah lain...

Siang pon menjelma...ak masih dok tnya pasai kucing...smpai mak naik rimas...beliau suruh aku pi ambik kucing tua yg sllu melawat rumah aku...xnk la aku...sebb kucing 2 x comel...tpi adik2 aku yg lain tibai je...sebb dh nk sgt kucing...abah plk asik bg alasan..."abah bwk blik dh ari 2...dia yg lari"

Yelah abh...nanti balik kakak tnya lagi...smpai abh belikn kucing yg baru...kih3...klu xnk beli...amik je kt pasau...

22 March 2011

ngantok seyh...

mata ni klu boleh aku ampu dgn lidi dh lma aku bt..msalahnya xde lidi...yg ad btg penyapu..boleh je spa2 nk try...x slah...melukis ni bukn bidang keje aku...tambah2 klu lukis bnda yg x bersegi...klu suruh lukis bentuk xpe...hmmm...kna buat jugk la..klu x.. xde la markah...esaimen tetap esaimen..no way out...nk mintk skip..mcm boleh plak..hahaha...kwan2 aku sume da biol..msing2 da wat status bukan2 kt facebook...ak plak...???ade jer buat status...tpi xde plak orang nak ngomen..maka aku give up la buat sementara waktu..biar org lain pulak bt status..asik aku jer..org pon da bosan...hak3...lukisan ni??kayuh la pelan2...ap boleh buat..nk jdi pelajar cemerlang kena la usaha lebih cikit..

Lukis terngkorak klu yg versi cartoon ala2 punk 2 mybe ramai yg pndai...
Siap bt stiker lagi...
Tapi klu suruh bt esaimen ramai pulk yg bgi alasan...termasuk la aku..
LUMRAH ALAM..

ke'teruja'an melanda...

fewhhh!!!selesai suda...sepetang aku bersama lappy nk siapkan blog nih...puas hati ase...dh edit sana make up sini & letk apa-apa yg patot...aku sgt berpuas hati la...tpi pas nih kena rajin-rajin update la pulak...sakit belakang x terkira...asenya tulg belakang aku dh sakit...memandangkn dh nk masuk waktu maghrib...ak nk blah dulu...nk buat ibadah pulak...huuuu