25 May 2011

pelik @ normal?

camne nak mula ntah..??

ok...camni..
aku ada kenal sorang budak ni nama dia aku...aku ni ada perangai yang yang beliau baru perasan baru-baru nih...tapi perangai beliau yang satu ni selalu buat beliau rasa tension setiap kali berlaku perangai tersebut...beliau ni kalau nak sesuatu perkara...memang tetap akan buat dan selalu sanggup berhadapan dengan risiko apa sekali pun atas perkara yang beliau nak tu...nak kata benda yang beliau nak tu penting sangat tak jugak..kadang-kadang benda yang beliau nak tu adalah benda yang merapu jer...tapi yang menghairankan ialah benda yang remeh macam tu pun boleh buat beliau tension...sebaliknya benda yang boleh memberi risiko tension pada beliau x pulak beliau heran..buat bangang lagi ada la....pelik atau normal...??

situasi-situasi di bawah ini adalah situasi yang pernah berlaku kat aku yanga aku kenal tu:

  • "Isy...rasa nak makan karipap sardin yang aku nampak tadi la...tapi petang ni la pulak..la ni dah kenyang..."...bila petang menjelma beliau ke kafe tapi karipap-karipap tersebut telah disesah oleh budak-budak lain...maka pada saat tu beliau merasakan seolah-olah semua orang sedang bergerak secara flashback slow motion yang macam dalam cite kt TV tuh...maka beliau pun menangis sorang hanya kerana tension tak dapat makan karipap yang beliau nak tu...karipap je pun...pelik atau normal?
  • "Isy...gitar ni lawa la...aku kena beli ni...sementara ada duit...boleh belajar main nanti..."...maka tanpa meminta izin dari mak bapak beliau...beliau telah membeli gitar tersebut...lepas beli tu dileteri oleh kawan-kawan beliau..tapi beliau tetap buat muka sekupang jer...padahal tak pandai main pun...pelik atau normal?
  • "Isy...ase nak makan kepsi la satgi..."...bila tak dapat pergi....satu malam gelisah tak dapat tidur nyenyak teringatkan kepsi...berpeluh tak yah cita la kan..??nak-nak pulak nightmare malam tu...mimpi raksasa kepsi datang bawak set yang variety bucket set family, makan sorang-sorang pulak tu ...tak boleh blah....pelik atau normal..??
  • "Isy...ase cam nak gi beli something la kat The Store...."...tapi tak leh pergi sebab ada halangan tertentu yang boleh dielakkan sebenarnya...tapi bila fikir orang yang amik berat kat beliau tu beliau rasa macam tak patut pulak beliau berdegil hanya kerana benda yang remeh temeh camtu...tapi tetap tension jugak...pelik atau normal?
  • "Isy...ase cam nak pi lepak kat pantai sorang-sorang la ari ni...boleh nyanyi kuat-kuat kat tepi laut tu..."...maka dengan itu beliau tetap pergi tanpa mengkhabarkan apa-apa pada sesiapa pun tentang pemergian beliau itu...macam-macam boleh berlaku..tapi beliau memang degil nak mampus...pelik atau normal?
  • "Isy...ase cam nak makan best-best la malam nih..."...beliau tetap akan makan yang best-best dan sanggup bayar mahal sebab dah nak sangat...bajet poket tebal...padahal poket penuh dengan syiling jer...pelik ke normal?
Pelik atau normal perangai beliau tu...ntah la...

p/s:Isy...ase cam nak belasah orang....(tapi yang ni beliau tak pernah buat...sebab tu asyik tension jer kalau tak dapat belasah orang...tapi beliau tetap sabar jer sampai tahap nangis air mata nanah pun takpe....