28 April 2011

ragam...

2.45am bersamaa 28April 2011...Hari ni adalah hari terakhir aku x cukup tido..selesai je paper last, aktiviti utama aku ialah meng'qada'kan setiap waktu tidur aku yang telah aku korbankan sepanjang minggu exam yang xde cuti otak untuk aku...aku pun x pasti silap taktik ke silap strategik atau masalah-masalah lain yang dah menyebabkan aku rasa tertekan untuk final exam kali ni...

Perkara paling  gila aku buat ialah masuk dewan 'pekse' tapi x study apa-apa sebelum jawab...sapa berani lawan...dah la paper repeat(malu lak ase)...ok...benda ni buat pengajaran...x pandai ni bagi aku boleh disebabkan oleh banyak faktor...antaranya:
  • Dah memang genetik x pandai usaha la macam mana pun tetap xkan pandai (pengalaman aku pernah tengok orang yang terpaksa pakai cermin mata semata-mata untuk menampakkan diri dia yang paling pandai tetapi sebaliknya dialah antara manusia yang 'bodoh piang'....
  • Orang malas-orang malas ni memang susah nak berjaya...baik dari segi apa pun tahap kemalasan dia dari urusan mengurus diri sendiri sampai ke urusan nak urus benda-benda penting lain pun still boleh pikir nak tido,nak main nak nyembang and macam-macam lagi benda 'lagha' yang lain..ang duduk la situ sampai kematu pungkok...
  • Orang yang terlalu riak dan suka cakap besar...orang macam ni xde moral..patut sekeh je kepala....cakap nak memang ja..kalau betoi-betoi pandai aku x kecah sangat...lain padang lain belalang la kan...(nasib kat kampung aku xdak padang...so abah aku hanya mampu tanam rumput untuk dilanyak kami adik beradik main badminton dengan anak jiran).. 
Banyak lagi kalau nak cita...tapi yang paling kesian kalau orang yang dah usaha tapi tetap x berjaya...tapi mesti ada sesuatu yang Allah dah rencanakan untuk dia...kalau x berjaya di dunia...mana tau kat akhirat nanti boleh bina mahligai kristal lebih dasyat lagi daripada Masjid Kristal kat Terengganu ni... yang penting kalau kita dah berusaha kita iringi dengan doa dan tawakal...insyaallah...pasti ada kejayaan dan sentiasa kena redha...kalau gagal boleh cuba lagi...jangan stress...kalau berjaya jangan lupa bersyukur...jangan bongkak... :-)....

 p/s : nak mimpi naik pentas amik Anugerah Dekan malam ni...kui3...(imaginasi penting untuk tumbesaran)...

22 April 2011

gitarku SUKAMI!!

beli gitar??ada minat??suka alat muzik??suara sedap kalah Ne-yo..??hahahaha

Aku la tu...tapi kalau main gitar tak pandai ada makna ke...??kalau x silap aku..Incik Gitar aku dah lama berada dalam almari x keluar2...kadang-kadang aku petik jugak buat sumbang asrama aku ni...hahaha...sedap ke x barai je...bukan orang tau aku pandai main ke x...hahaha   ...tapi rasa macam kecewa gak la bila x pandai main gitar...minat dah ada...darah pun dah ada...Brader Tu dah goreng kasi aku dengar sekali...wuahhh~terpegun aku xyah cita..sampai senyum sorang-sorang lepas dengar sumbangan beliau dari corong telefon bimbit buruk aku...jatuhnya cinta...kui3...

Apsal goreng pon sodap...??aku x paham betoi la...xpayah pakai baca node terus goreng je dah sodap...kejadahnya yang dia kasi spell kat gitar 2...isyyy~x paham....xpaham...

Ni gitar aku yang aku tunggu masa je nak decorate beliau jadi lebih cantik supaya cantik sikit kalau aku nak bawak p memana nanti...biar x main pun...kah3... 

Brader Tu...sila ajar aku dengan lebih lanjut...aku dah panas dengar ang goreng..pasni bagi aku pulak goreng...ang dengar la puas-puas...dan sila hadiahkan aku dengan stiker yang cantik-cantik yang ang janji nak bagi tu...hahaha...jangan lupa tau...x sabar ase...

p/s : aku ase nk attend kelas lak pas graduated...tu pon kalau poket tebal...hahah

15 April 2011

aku insan biasa...

emm....x tau macam mana nak mula..mood aku jadi macam-macam sejak kebelakangan ni...aku ada masalah besar...tapi aku selalu sembunyikan masalah tu dan selalu menafikan masalah tu ada dalam diri aku dengan membuatkan diri aku happy...bila fikir balik aku pun ada hak dalam hidup aku tapi kenapa aku biarkan orang lain jadi punca hak aku tu x terbayar...kalau orang buat aku sakit hati aku rasa aku ada hak nak bersabar dan marah...tapi kenapa aku pilih bersabar dan pendam benda tu...kalau orang pukul aku, aku rasa aku ada hak nak bersabar atau pukul dia balik...tapi aku simpan penumbuk aku tu walaupun sebenarnya aku x pernah bagi penumbuk kat orang...entah kenapa aku rasa hak aku dicabul oleh diri aku sendiri...ke aku  ni ego sebenarnya...??

Boleh ke kita sebagai manusia biasa bersabar je bila dah terlalu banyak kita bersabar dengan benda yang sama,masalah yang sama, orang yang sama??boleh ke macam tu..??kalau boleh tolong bagi pendapat...
sebab aku x perfect untuk jadi baik selalu...aku x perfect untuk buat orang happy je...aku manusia biasa jugak...ada rasa sedih.ada rasa marah.ada time moody..tapi kenaa aku asyik kena layan orang punya moody jer...aku xde hak ke nak rasa semua tu atau aku cuma ada hak untuk jaga sema tu dari berlaku...

Mungkin Allah nak bagi pahala besar kat aku sebab aku buat orang happy walaupun hati aku tengah sakit...aku percaya ada hikmah yang Allah akan bagi kat aku kalau x di dunia di akhirat nanti...Insyaallah....Bila kita buat baik kat orang,orang akan sentiasa ingat kita dan akan sentiasa berdoa untuk kita walaupun kita dah hancur kat dalam tanah..aku selalu percaya benda ni...aku nak macam ni...aku nak jadi manusia yang selalu menbahagiakan orang lain...

Ya Allah izinkan aku untuk membahagiakan insan-insan disekelilingku...walaupun hatiku terluka...tetapkanlah aku dalam kesabaran dan keimanan..semoga ada ganjaran yang akan Engkau berikan untuk setiap kesabaran itu...

p/s : mood aku tengah sedih time ni...sori kalau entry aku merapu...

07 April 2011

Bersabar Wahai HATI~

Sahabat....apa makna sahabat...sahabat bagi aku ialah apabila dia sayang kat ang walaupun ang x pernah cakap ang sayang kat dia...sahabat bagi aku ialah...bila dia sentiasa menenangkan hati ang walaupun kata-kata dia keras...sahabat bagi aku ialah bila dia tolong ang tanpa mengungkit apa yang dia pernah buat kat ang dan x pernah mengharapkan sebarang balasan untuk kebaikan yang dia buat kt ang...sahabat ialah bila dia menangis dalam diam melihat kesedihan dan penderitaan ang...sahabat ialah bila dia sentiasa bagi dorongan kat ang walaupun ang banyak kelemahan...sahabat ialah bila dia doakan kebahagiaan ang walaupun dia x pernah baik dengan ang...sahabat ialah bila dia selalu lupa untuk bahagiakan diri dia tetapi dia membuat ang bahagia terlebih dahulu daripada dia...sahabat ialah bila ang terluka dia x tambah luka di hati ataupun cakap apa-apa untuk sembuhkan luka ang sebaliknya dia diam dan berdoa supaya ang diberi kesabaran dan ditambah pahala atas kesabaran ang...sahabat ialah bila dia sentiasa sabar tahan karenah ang dan sentiasa  cuba membuatkan ang jadi lebih baik dengan cara yang cukup halus walaupun kadang-kadang cara tu melukakan hati ang sebab dia tau kelukaan yang sedikit tu lambat laun akan mendatangkan kebaikan untuk ang...sahabat ialah bila dia selalu ambil berat tentang ang walaupun ang x pernah ambil berat tentang dia..FRIEND IS A PERSON WHO ALWAYS MAKE YOU FEEL CALM WITHOUT A WORD...

Sahaba bagi aku bukanlah seorang yang bila ang sakit dia tanya ang "dah makan ubat ke belum.kalau belum aku nak bagi"...sahabat bukanlah seorang yang bila ang lapar dia tanya ang "dah makan ke belum.kalau belum aku nak tolong beli"...sahabat bagi aku bukanlah seorang yang bila ang sedih dia tanya ang "kenapa ang sedih?cuba cerita masalah ang kat aku mana la tau kot-kot aku boleh tolong"...sahabat bagi aku bukanlah seorang yang bila ang putus cinta dia akn cakap "xpela wei...ramai lagi yang lebih baik kat dunia ni daripada dia tu.ang xyah nak sedih la"...sahabat bagi aku bukanlah seorang yang bila ang marah dia akan cakap "rilex la"....sahabat bagi aku bukanlah seorang yang bersikap kurang ajar dengan ang...sahabat bagi aku bukanlah seorang yang suka mengganggu keselesaan ang...BAD FRIEND IS A PERSON WHO ALWAYS PRETEND TO BE KIND TO YOU....

Orang selalu cakap "BERKAWAN BIAR SERIBU,BERCINTA BIAR SATU"...tapi bagi aku...selagi ang xleh jadi kawan yang satu ang xkan mampu untuk bertahan dengan satu cinta pun...sebab dalam diri ang terlalu banyak penyakit hati...apa yang kawan ang lebih ang nak lebih lagi dariada dia...satu lagi perangai pilih kasih...nak baik dengan kawan yang pandai.kaya,cantik/kacak,berpengaruh...orang yang macam ni adalah orang yang terlalu takut bermain dengan bayang sendiri..orang macam ni bagi aku ialah orang yang x percaya pada diri sendiri dan orang macam ni lagi bagi aku adalah orang yang selalu bergantung hidup pada orang lain...dan lebih teruk lagi orang macam ni sebenarnya DAYUS!!!

Orang macam ni adalah orang yang bila dia jatuh dia nak orang angkat dia...bila dia susah orang boleh tolong dia..bila dia kecewa orang boleh buat dia happy...bila dia kusut...orang boleh tolong fikir untuk dia...pendek kata orang macam ni mempunyai hati yang lemah tetapi mengaku bahawa hati dia lah yang paling kuat di dalam dunia...orang macam ni mengaku diri tabah sebaliknya dia tergolong dalam golongan mak nyah kt Jalan Haji Taib dan jalan-jalan lain yang sewaktu dengannya...

Sahabat yang baik ialah apabila melihat wajahnya teringat akan mati,
Sahabat yang baik ialah apabila mendengar tutur katanya teringat akan kalimah Illahi
Sahabat yang baik ialah apabila mencium baunya teringat akan Syurga,
Sahabt yang baik ialah apabila menyentuh jemarinya teringat akan besarnya Ke-Esaan Allah,
Sahabt yang baik ialah apabila dia sentiasa mendoakan dirimu sedangkan kamu tidak tahu akn doanya itu,
Sahabat yang baik ialah apabila dia sentiasa melakukan kebaikan ke ta dirimu tanpa kamu sedar kebaikannya itu...

Bersabarlah duhai hati~Sesunggunya Allah tidak menciptakan segumpal hati di dalam tubuhmu jika tidak ada faedah yang terkandung di dalamnya dan jika Dia tidak menginginkan kamu untuk bertaqwa  kepadaNya kerana dengan hati itulah kamu diuji dengan pelbagai ujian,dengan hati kamu belajar untuk bersabar,dengan hati kamu belajar untuk menjadi seorang yang tabah,dengan hati kamu belajar untuk mengawal kemarahan,dengan hati kamu belajar untuk menyayangi, dengan hati juga kamu belajar untuk menjadi seorang insan yang berguna kepada insan yang lain....kerana di dalam hati itu terdapat satu bentuk ciptaan Illahi yang kita x boleh nampak walaupun menggunakan microscope,x-ray maupun cara-cara lain...~QALBU~


p/s:jangan jadi sampah masyarakat, sebab lebih ramai orang mengutuk sampah masyarakat berbanding sampah sarap....hahaha...pesanan untuk diri sendiri aku jugak...

05 April 2011

perlu ke ego??

EGO=persepsi seseorang tentang harga dirinya, yang seterusnya mempengaruhi keyakinan dirinya.
KEEGOAN=perihal mementingkan diri sendiri.

Tetiba aku jadi  dok cari-cari apa jawapan kepada soalan dalam kepala hotak aku nih...ego tu apa..??pandai cakap je tapi xtau makna..

Bagi aku ego ni ialah bila ang suka kt dia tapi ang xmau bagitau dia...sebab ang takut malu kalau-kalau dia xmau kt ang dan bagi aku lagi ego ni macam ang terlalu takut nak buat something sampai ang xtau nk beza benda yang ang buat tu betoi ka x...dah tu bila ang dah buat baru ang sedar benda tu sebenarnya salah dan menyakitkan hati ramai pihak(termasuk pihak kastam.dan pihak polis)ok yang tu xde kaitan...pastu mula la nak buat muka seposen...pelik xyah cakap la...ramai manusia pelik yang aku jumpa dalam dunia hidup  aku sekarang ni...x terkecuali diri aku sendiri yang orang dok kata pelik...aku pun xtau apa yang pelik tentang aku...

Ok...Untuk memeriahkan  lagi acara kita... aku nak suruh hampa fikir...sambil tu aku pun nak fikir jugak...kot-kot la dapat jawapan...apa definisi ego yang org selalu dok sebut tu..."ang ni ego la mat,kalau dah suka tu cakap ja la"...."aku suruh ang pi beli lolipop awat ang x beli?ang ni ego la"...ada kaitan  ka...??

EGO=LEGO....

Dua benda ni lebih kurang sama ja...cuma beza dia LEGO tu mainan...EGO tu berkaitan dengan dalaman.contohnya kalau korang main LEGO(oppsss..!!!key eyl plk...)...korang pening x...??bila x dapat nak buat bangunan tinggi korang ase x puas hati x??ke korg diam je...dalam hati cakap.."aku redha, takdir menentukan segalanya"...macam tu ka..??tipu la sangat...

Selalunya orang kalau x dapat sesuatu habis teruk pun mesti akan hisap jari ja...ada pepatah Melayu cakap..."BIAR PUTIH TULANG JANGAN PUTIH MATA"...maknanya kat sini...kita ni memang diajar utk usaha dapatkan sesuatu sampai kita berjaya...so...bila kita x dapat...apa kita buat...??melalak la....aku ase aku dh out of topic...

Ok...sebenarnya aku nak cakap persamaan LEGO dengan EGO ni ialah...mengelirukan...satu perasaan megelirukan...omputih cakap...you can't determine what your heart trying to reveal...ececeh...sorry...MUET aku band 3 jer...LEGO is fun..tapi bila ang x dapat nak bina robot pakai LEGO tu mesti ang rasa nak hentak kepala adik ang kat lantai...sama dengan EGO...hati ang kata nak...then ang deny...so apa yang ang boleh buat ialah menyeksa  hati ang sendiri...betoi x..??kalau salah habaq...

EGO ni boleh membawa kepada perasaan susulan yang lebih hebat lagi...sama macam ang constipation ( sembelit)...kalau lama-lama najis tu dok dlam perut ang..lama-lama muka ang pon dah macam taik..pastu mula la nak hangin kat orang x tentu pasal...aku pantang betoi kalau jumpa orang macam ni...ase mcm nak letak je ubat julap dalam air sirap dia time lunch sama-sama..kalau x jumpa time lunch...time dinner aku cari jugak sampai dapat....ang dah sembelit...ang cari la solution nak setel benda tu...jangan nak setel dengan orang...kang ang yg kena setel...baru ang ada akal....

EGO ni perlu ke x??Jawapan aku perlu dan tidak perlu...tapi nak determine EGO jenis apa yang perlu dan EGO jenis apa yang x perlu memang susah...perlukan soft skill yang tinggi..

Contoh EGO yang baik = ang cari rezeki kat anak bini nak bagi makan,kena EGO(rujuk definisi di atas)
Contoh EGO yang x baik = nak sesuatu tapi takut malu kalau gagal,then buat cara kotor and menyakitkan hati orang dalam masa yang sama...(x ke haram namanya tu??)

03 April 2011

bersyukur!!

Kadang-kadang manusia terlupa untuk bersyukur dengn apa yang telah dikurniakan Allah untuknya...
Bila dh dpt kasih sayang...dibiarkn kasih sayang tu x terisi dengan cinta...x pandai nak hargai n x rasa macam susahnya dia untuk dapatkan benda tu sebelum dia memilikinya dulu...benda yang mudah nak dapat orang selalu x hargai...mudahnya kan...??

Jadilah  manusia yang selalu bersyukur...benda yang senang nak dapat tu boleh jadi datang sementara untuk  mengajar kita cara nak hargai sesuatu...once benda tu dah jauh dari kita...x mungkin kita akan diberi peluang untuk memiliki benda tu lagi untuk kali kedua..

Salah ke kalau kita membuang ego yang tinggi menggunung tu buat seketika...??x rugi pon...

p/s : susah nak tegur orang yang rasa diri dia dah cukup bagus dan susah nak menyakinkan seseorang untuk sayangkan kita bila dia yakin dia akn dapat orang yang sayangkan dia lebih dari kita sayang dia...
orang macam ni sangat x bersyukur...really sorry...